Sunday 20 July 2014

#MH17: TERKINI ! PEMBOHONGAN KUASA BESAR & MEDIA TENTANG TRAGEDI #MH17 DIDEDAHKAN !



1. Bagaimana kita mahu percaya kepada sebarang kenyataan Ukraine, Russia dan Amerika Syarikat di dalam tragedi pesawat MH17 yang meranap hati rakyat Malaysia?







2. Ketiga-tiga negara itu mempunyai dosa dan sejarah hitam menembak jatuh pesawat komersial sebelum ini.
a. Russia yang dulu dikenali sebagai Soviet Union telah menembak jatuh pesawat Korean Airlines (KAL007) pada 1 September 1983. Pesawat komersial itu ditembak jatuh oleh jet pejuang SU-15TM berhampiran Pulau Moneron. 269 orang mati dibunuh.
b. 78 penumpang dan anak kapal pesawat Siberian Airlines dibunuh apabila pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu tentera Ukraine. Kejadian yang berlaku pada 4 Oktober 2001 itu ketika pesawat komersial tersebut melalui Laut Hitam.
c. 290 penumpang dan anak kapal pesawat Iran Air (IR655) yang tidak bersalah, mati dibunuh oleh Amerika Syarikat pada 3 Julai 1988. Pesawat komersial tersebut ditembak jatuh di antara Dubai dan Abbas oleh peluru berpandu SM-2MR yang dilancarkan dari USS Vincennes, kapal perang tentera laut US

3. Sama ada 269 atau 78 atau 290 innocent people yang mati dibunuh, Amerika Syarikat, Ukraine dan Russia masih begitu juga tanpa rasa bersalah.

4. Dan sekarang, ketiga-tiga negara itu saling menuding jari sesama mereka dan blaming games ini sangat memualkan kita rakyat Malaysia.

5. Yang terbaru ialah dakwaan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh jet pejuang tentera undara Ukraine dan sumber kepada 'maklumat' ini ialah seorang pengawal trafik udara di Kiev yang bernama Carlos.

6. Bukan maklumat dan perincian daripada Air Controller tetapi daripada twitter pengawal trafik udara tersebut! Sungguh melucukan !

7. Jika benar wujud 'jet pejuang Ukraine' tersebut, bukan Carlos seorang tetapi seluruh staf Air Controller di Kiev akan tahu termasuk juga pesawat-pesawat lain yang berada berhampiran dengan pesawat MH17 ketika itu.

8. Sudah pasti akan berlaku intercept dan juga perbualan di antara pilot MH17 dengan pilot 'jet pejuang Ukraine' tetapi tiada laporan tentang perkara ini oleh pihak MAS.

9. Malah, agensi aviation yang terlibat seperti EuroControl dan International Air Transportation Association tidak ada pun membuat sebarang kenyataan tentang kewujudan 'jet pejuang Ukraine' itu.

10. Maka kerana itu, teori pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu Surface-to-Air dari pelancar BUK masih lagi dianggap logik.

11. Terdapat laporan yang mengatakan foto-foto yang menunjukkan bekas asap peluru berpandu SA-11 telah diambil berdekatan bandar Snizhne, timur Ukraine sebelum pesawat MH17 jatuh terhempas.














12. Realitinya, pihak media yang pro-Amerika, Russia, Ukraine dan media-media Barat telah menyulitkan kita untuk mengetahui yang mana satu berita yang benar atau hanya sekadar rekaan untuk menyalahkan lawan masing-masing.

13. Media-media tempatan sama ada konvensional atau pun digital juga terpaksa mendapat sumber berita daripada agensi-agensi berita antarabangsa yang kita sendiri semakin tidak pasti kesahihan dan kebenarannya.

14. Lebih-lebih lagi apabila berita MH17 ini melibatkan 2 kuasa besar dunia yang saling berdominan, bercakaran dan tidak pernah ikhlas untuk bekerjasama sejak era Perang Dingin lagi.

15. Memang sangat pahit, perit dan menyakitkan hati tetapi kesulitan-kesulitan yang amat besar ini yang terpaksa ditanggung sendiri oleh kita rakyat Malaysia.

Source - Novandri.blogspot.com






read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top