Wednesday 23 July 2014

Remaja Maut Lif Pemunggah Barang Hempap Kepala



GERIK – Seorang remaja maut selepas lif pemunggah barang menghempap bahagian kepalanya dalam kejadian di sebuah kedai ubat di sini kira-kira jam 7.20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata mangsa Noor Syarmila Abu,18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan teruk.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan oleh rakan sekerja mangsa berhubung kejadian itu sebelum segera ke tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang baru bekerja beberapa minggu lalu tertekan butang ketika berada hampir dengan lif pengangkut barang itu menyebabkan menghempap bahagian kepalanya.
“Mangsa berasal dari Kampung Bandariang Bersia di sini difahamkan akan menyambung pelajaran di sebuah Universiti tempatan pada September ini,” katanya.
Beliau berkata jenazah mangsa di bawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk pengkebumian.
Katanya, tiada unsur jenayah ditemui berhampiran kawasan kejadian walau bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan. – BH Online
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top