Friday 18 July 2014

#MH17: Pasangan terselamat kerana tiada tempat duduk

.

Pasangan Barry Sim dan isterinya Izzy terselamat daripada menaiki pesawat Malaysia Airlines MH17 apabila diberitahu bahawa pesawat tersebut penuh dan tiada kekosongan tempat duduk.
Barry bersama isteri dan anak mereka telah merancang untuk menaiki penerbangan MH17 tersebut tetapi menukar ke penerbangan lain apabila diberitahu tiada tempat duduk untuk mereka bertiga.
Ketika ditemui, Barry berkata beliau dan isteri merasa terlalu terkejut dengan berita tersebut dan menambah “ debaran jantung saya terlalu kuat ketika menerima berita kapalterbang tersebut terhempas di Ukraine dan seseorang di atas telah memerhati kami sekeluarga sehingga melarang kami menaiki penerbangan itu.’
Isteri beliau, Izzy berkata pasangan tersebut adalah penumpang setia penerbangan Malaysia Airlines dan tidak gemar menaiki penerbangan lain.
“Tetapi pada saat ini, kami merasa amat bertuah kerana tidak menaiki penerbangan Malaysia Airlines tersebut dan memilih penerbangan lain,” katanya.
Dilaporkan lebih daripada 10 daripada 295 penumpang di dalam penerbangan tersebut adalah warganegara Britain apabila penerbangan itu ditembak jatuh ketika menghampiri sempadan Rusia-Ukraine malam tadi.
Kapalterbang tersebut dipercayai terhempas berdekatan dengan Kampung Grabovo di Timur Ukraine berdasarkan kepada gambaran grafik.
Pelbagai imej yang diambil daripada lokasi di mana kapalterbang tersebut terhempas termasuklah imej mayat dan barangan peribadi milik penumpang yang menaiki pesawat malang itu.
Sekeping paspot milik seorang gadis Belanda beumur 13 tahun turut dijumpai.
Seorang Lelaki Belanda yang telah memuatnaik gambar pesawat tersebut di dalam akaun Facebook beliau dikhuatiri antara penumpang yang terbunuh dalam nahas tersebut.
Sementara itu, keluarga terdekat kepada Kapten Eugene Choo Jin Leong, kapten penerbangan tersebut memberitahu Telegraph bahawa mereka masih berharap tetapi merasa kecewa kerana pihak pengurusan Malaysia Airlines belum menghubungi mereka untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
“Kami hanya mengikuti perkembangan berita tersebut melalui television,” kata mereka.
Saksi di tenpat kejadian turut mendakwa bahawa mayat penumpang bergelimpangan di merata tempat sejauh 15 km yang menunjukkan bahawa kemungkinan pesawat tersebut terputus dua ketika berada di Udara sebelum terhempas.
Bagi memberikan ruang kepada keluarga mangsa, pengurusan Lapangan Terbang Schipol Amsterdam telah menutup ruang atas bangunan lapangan terbang tersebut.
Perdana Menteri Belanda Mark Rutte yang pada ketika kejadian berada di Brussels untuk menghadiri Persidangan European Union Summit berpatah balik ke Netherlands untuk menangani kejadian tersebut.
Penerbangan Malaysia Airlines MH17 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine.
Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. – Telegraph News
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top