Friday 18 July 2014

MH17 : Seorang Penumpang Kakitangan UMS


SIARAN AKHBAR UMS
MH17 : Seorang Penumpang Kakitangan UMS

Saya ingin mengesahkan bahawa seorang
penumpang yang terlibat dalam nahas kapal
terbang MH17 merupakan kakitangan Universiti
Malaysia Sabah (UMS).

Kakitangan tersebut ialah pensyarah Fakulti
Psikologi dan Pendidikan dalam jurusan
Teaching English as a Second Language (Tesl).

Ng Shi Ing, 33, ditugaskan menghadiri
Persidangan Antwerp CALL 2014, the XVIth
International CALL Reaseach Conference di
Unversity of Antwerp, Belgium sebagai
pembentang kertas kerja.

Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadual
kembali bertugas pada isnin depan turut
ditemani anaknya yang berusia satu tahun
serta adik perempuannya yang dipercayai
bersama-sama berada dalam tragedi kapal nahas
berkenaan.

Berasal dari Muar, Johor, pensyarah yang
memulakan tugas di UMS sejak September 2011
itu merupakan anak kedua dalam enam adik
beradik pasangan Ng Pae Soon, 67 dan Tan Ah
Chin 62.

Suaminya, LT Komander Lee Vee Wen, 35,
merupakan seorang Pegawai Tentera Laut DiRaja
Malaysia (TLDM) di pangkalan TLDM Sepanggar.

Berpewatakan ceria dan peramah, beliau
merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains
dengan Pendidikan (Teaching Englis as a
Second Lenguage), Universiti Teknologi
Malaysia (ITM) dan berkelulusan Sarjana
Pendidikan ( Teaching English to Speakers og
Other Language) dari Edinburgh University,
Scotland.

Rakan-rakannya menyifatkan beliau sebagai
seorang pensyarah yang rajin dan amat
berdedikasi terhadap tugas dan amanah yang
dipertanggungjawabkan. Beliau aktif
menghadiri seminar di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa sebagai pembentang kertas
kerja seperti di Providence
University,Taichung, Taiwan dan Beijing
Foreign Studies University, China.

PROFESOR DATUK DR. MOHD HARUN ABDULLAH

ource - SayangSabah
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top