Saturday 26 July 2014

Mourinho Jadi Pendorong Drogba Kembali Ke Chelsea


LONDON – Gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea mengumumkan, semalam bekas penyerang mereka, Didier Drogba sudah kembali ke kelab berkenaan atas kontrak setahun.

Kepulangan pemain Ivory Coast itu difahamkan lebih kepada dorongan pengurus, Jose Mourinho yang terus melabelkan penyerang itu sebagai antara terbaik.

“Didier akan kembali ke Chelsea kerana dia adalah antara penyerang terbaik di Eropah,” kata Mourinho.

Bintang tersohor itu sudah menyumbat 157 gol untuk Chelsea dalam tempoh lapan tahun dan meninggalkan kelab pada 2012 selepas menjaringkan sepakan penalti membantu The Blues menewaskan Bayern Munich dalam final Liga Juara-Juara.

“Semua tahu hubungan istimewa saya dengan kelab ini dan saya sentiasa berasa seperti di rumah sendiri.
Semangat saya untuk menang tetap sama dan mahu menggunakan tempoh saya di sini membantu pasukan lama saya,” kata Drogba.

Drogba, 36, adalah ejen bebas selepas meninggalkan Galatasaray akhir musim lalu. 

Source- mynewshub

read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top