Tuesday 22 July 2014

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Dilanggar Van



KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah van di Jalan Bukit Sekilau dekat sini petang tadi.
Mangsa, Muhammad Haikal Khamram, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Asisten Superitenden Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa dikatakan ke sebuah pasar raya di Bukit Sekilau dengan ibunya.
“Siasatan awal mendapati mangsa telah keluar tanpa pengetahuan ibunya lalu cuba melintas jalan di depan pasar raya itu.
“Pada masa yang sama, van terbabit yang datang dari arah Jalan Bukit Sekilau telah melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
Katanya, polis telah menahan pemandu van, Shi Tuck Yew, 48, dan menghantar kenderaan terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.
Zainalabidin juga berkata pihak polis kini cuba mengesan saksi yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA
Source - mynewshub
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top