Sunday 20 July 2014

#MH17: Anifah Aman berlepas ke Ukraine



SEPANG: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Ukraine dalam usaha mendapatkan akses untuk pasukan penyiasatan Malaysia memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di bahagian timur negara itu, Khamis lepas. 

Anifah dan delegasi dari Wisma Putra berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira 12.30 tengah malam Isnin. 
Beliau dijadual bertemu dengan pemimpin-pemimpin Ukraine Khamis ini dalam memastikan usaha-usaha menyelaras misi membawa keluar jasad mangsa tragedi, siasatan dan mengumpul bukti kejadian berjalan lancar.


'Biar saya mengadakan perbincangan terlebih dahulu dan saya akan menyediakan perkembangan terbaru kemudian. Biar kita harap satu hasil yang positif," kata Anifah ketika ditemui sebelum berlepas. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan delegasinya sudahpun berada di ibu negara Ukraine, Kiev, untuk tujuan sama. 

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas dipercayai ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu permukaan ke darat, kira-kira 50km dari sempadan Rusia. 

Kesemua 298 penumpang termasuk 15 anak kapal pesawat Boeing 777-200ER terkorban dalam kejadian yang berlaku di wilayah Donetsk, yang dikawal oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia. -

Source - Berita Harian
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top