Saturday 26 July 2014

Warga Emas Mahu Beli Tembikai Maut Dilanggar Kereta


BESUT – Tindakan seorang warga emas yang melintas jalan secara tiba-tiba bagi membeli buah tembikai berakhir dengan tragedi apabila dia maut dilanggar kereta dalam kejadian di Jalan Batu Tumbuh, Alur Lintang di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 4 petang itu, Limah Che Mat, 72, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut setengah jam kemudian.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan pinggang, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy warga emas itu dipercayai melintas secara tiba-tiba untuk ke gerai menjual tembikai di seberang jalan, menyebabkan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut tidak sempat mengelak dan melanggarnya.

Pemandu kereta jenis Proton Iswara itu yang dikenali sebagai Hafizul Hussain, 34, tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. – BERNAMA

Source - mynewshub

read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top