Wednesday 23 July 2014

15 Individu Tawar Khidmat Seks Ditahan



GEORGETOWN – Polis menahan 10 wanita dan lima pondan yang disyaki terbabit aktiviti persundalan dalam operasi di Lebuh Chulia di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam operasi bermula 12 tengah malam itu, kumpulan wanita dan pondan terbabit yang berusia antara 20-an dan 30-an dilihat beraksi ghairah, dipercayai untuk memikat pelanggan.
“Apabila menyedari kehadiran polis mereka cuba melarikan diri bagaimanapun kawasan itu telah dikepung,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Katanya kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan dan boleh didakwa kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam.
Beliau berkata, polis akan terus membuat pemantauan bagi membendung kegiatan pelacuran serta persundalan di negeri ini tanpa mengira lokasi sama ada di jalanan mahupun hotel mewah. – BERNAMA
Source - Mynewshub
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top