Tuesday 22 July 2014

Gaza: Angka kematian meningkat

Gaza (Palestin): Serangan udara Israel memusnahkan kebanyakan kawasan di Semenanjung Gaza hari ini dalam pertempuran yang berlanjutan selama dua minggu dan mengorbankan sekurang-kurangnya 570 rakyat Palestin dan 29 rakyat Israel.
Menurut polis Gaza, tentera Israel mengebom lima masjid, kompleks sukan dan rumah bekas ketua tentera Hamas, semalam. 
Tentera Israel mengumumkan bahawa dua orang anggota tenteranya maut, satu daripadanya terkena tembakan sniper semalam dan seorang lagi anggota sebab-sebabnya masih tidak dapat dijelaskan, menjadikan jumlah kematian tentera Israel 27 orang. 

Ia merupakan jumlah kematian tentera Israel paling banyak selepas peperangan Lebanon pada 2006.

Israel mula melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 8 Julai ini dan angka kematian rakyat Palestin meningkat setiap hari. - AP
Source -Mymetro
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top