Wednesday 5 March 2014

KEJAM! BUDAK 2 TAHUN KOMA DIBELASAH IBU SENDIRI DI RUMAH TEMAN LELAKI

Teluk Intan: Seorang ibu muda berusia 20 tahun dipercayai tergamak bersekongkol dengan teman lelakinya untuk membelasah anak kandungnya hingga koma dan kini, kanak-kanak itu bertarung nyawa akibat parah pada seluruh badan termasuk kepala serta mukanya.

Mangsa bertarung nyawa di hospital

Kanak-kanak perempuan malang berusia dua tahun enam bulan itu dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam, dekat sini, pada Isnin lalu, namun akibat cedera yang serius terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Mangsa dihantar ke wad kecemasan oleh ibunya yang berasal dari Kampung Sungai Pulau, Hutan Melintang, dekat sini, bersama teman lelakinya yang berusia 26 tahun dan berasal dari Kampung Perkasa, Hutan Melintang, selepas mangsa menjadi kaku dengan mata terbeliak serta mengalami sesak nafas.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu didera di rumah teman lelaki ibu mangsa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, sebaik dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Sabak Bernam, seorang doktor yang memeriksa kanak-kanak itu membuat satu laporan polis selepas mengesyaki dia didera sebelum mengarahkannya dihantar ke Hospital Sungai Buloh apabila keadaan mangsa semakin tenat. - HARIAN METRO
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top