Thursday 24 July 2014

Kereta Mewah Fizo Kemalangan, Remuk Bahagian Hadapan



Kereta mewah milik pelakon Fizo Omar dilaporkan mengalami kemalangan di Kuala Krai, semalam.
Namun, Fizo menyatakan di Twitter, dia dan isteri, Mawar Abdul Karim tidak berada dalam kenderaan mewah tersebut sebaliknya, hanya ibu, adik dan pembantu peribadinya sahaja.


Tidak pasti bila kejadian tersebut berlaku, namun nampaknya kereta Audi biru milik pasangan itu remuk teruk di bahagian hadapan kanan kereta.
Menerusi sumber forum Cari, kereta mewah pelakon itu dikatakan bertembung dengan Proton Wira kelabu dan ada saksi mengatakan cara pemanduan pemandu Audi yang sangat laju menyebabkan kemalangan berlaku.
Nak dekat-dekat raya berlaku pula musibah, mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku dan jangan deras sangat memandu..patuhilah had laju yang telah ditetapkan.
Bak kata pepatah, biar lambat, asalkan selamat! – MYNEWSHUB.MY



read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top