Tuesday 22 July 2014

KISAH SEBENAR MH4 GUNA RUANG UDARA SYRIA



ERITA TERKINI MH4 TERBANG GUNA RUANG UDARA SYRIA | Menerusi laman sosial pada 21 Julai 2014, orang ramai mengecam tindakan pesawat MAS Airbus A380 dengan kod penerbangan MH004 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke London yang menggunakan ruang udara konflik iaitu Syria sebagai laluan utama.

Perkara ini jelas boleh menggugat keselamatan penumpang MH4 seperti nahas yang berlaku pada pesawat MH17 di ruang udara zon perang Ukraine.

MAS dalam kenyataan rasmi menerusi laman Facebook menjelaskan bahawa ruang udara Syria selamat digunakan oleh pesawat komersial tersebut.

Tambah MAS lagi, laluan itu juga telah mengikut plan laluan yang dicadangkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Terdahulu, pesawat MH4 pada 20 Julai 2014 yang berlepas dari KL ke London pada pukul 1.20 petang waktu Malaysia telah mencetuskan kebimbangan orang awam kerana MH4 melintasi ruang udara Syria yang sedang bergolak.

Penjelasan MAS MH4 Guna Ruang Udara Syria


Menurut kenyataan MAS, laluan penerbangan MH004 adalah mengikut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang diluluskan.

Ia mengikut notis yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Syria yang memaklumkan ruang udara Syria tidak tertakluk kepada sekatan.

Source - MazeerMohammad.com


read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top