Thursday, 24 July 2014

SEMASA : PERKASA BUAT TABUNG UNTUK KIKI



KUALA LUMPUR
: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Negeri Selangor (PERKASA) telah melancarkan satu tabung untuk mengumpul dana bagi membantu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didenda RM5,000 atas kesalahan melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 pada 14 Julai lalu.

“Atas rasa simpati terhadap beliau, kami pimpinan PERKASA Selangor akan membuat kutipan semampu yang boleh.” kata kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook PERKASA hari ini.

Muat naik status Facebook PERKASA. 

Petubuhan itu turut berkata, tabung tersebut dilancarkan untuk membantu meringankan beban yang dialami oleh Kiki.

Kiki turut dijatuhi hukuman melakukan kerja komuniti selama 240 jam selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Kiki ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki pada minggu lalu menerusi video yang menjadi viral di Facebook dilihat membuli seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

SUMBER DR: — AstroAwani




read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top