Friday, 25 July 2014

Dr M: Yahudi lebih teruk dari Nazi Jerman



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyembelihan golongan Arab di semenanjung Gaza oleh tentera Yahudi Zionis menunjukkan golongan itu masih belum mengambil iktibar dari pengalaman getir semasa ditindas Nazi Jerman.

Malah, golongan tersebut bertindak lebih teruk daripada Nazi Jerman, kata Mahathir yang mengutuk kekejaman terbaru rejim Zionis di semenanjung Gaza sejak minggu lalu.

"Ketika Yahudi dianiaya Yahudi oleh Nazi di Jerman mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Namun penderitaan itu tidak menjadikan mereka memahami betapa siksanya penderitaan itu.

"Sebaliknya, mereka bertindak lebih teruk daripada Nazi, tidak mempedulikan langsung penderitaan dan pembunuhan yang dilakukan pada pihak lain," katanya dalam tulisan di blog chedet.cc.

Mahathir berkata, golongan Yahudi itu tidak menghamburkan kemarahan mereka ke atas Jerman dan Eropah tetapi sebaliknya menyerang golongan Arab.

"Tetapi mereka sangat bijak. Membunuh orang Arab lebih mudah dan lebih menyeronokkan," katanya.

Mahathir turut mengutuk golongan Yahudi yang menurutnya bongkak dan penuh dengan tanggapan bahawa mereka lebih baik dari orang lain.

"Orang Yahudi mendakwa mereka adalah golongan yang dipilih oleh Tuhan," katanya yang mendakwa golongan tersebut masih percaya demikian selepas melalui pelbagai bentuk penindasan oleh kumpulan Kristian Eropah.

Bekas perdana menteri itu turut membangkitkan bahawa orang Yahudi juga tergolong dalam kumpulan semitik, seperti orang Arab, namun percaya bahawa hanya mereka tergolong dalam kumpulan tersebut.

"Mereka menuduh semua orang bersikap anti-Semitik jika mereka mengkritik Yahudi atau menuduh mereka membuat apa-apa kesilapan.

"Apa saja yang mereka lakukan, betapa teruk sekalipun jenayah itu, mereka akan menuduh orang yang mengkritik mereka sebagai anti-Semitik.

"Dalam dunia bebas ini, kita boleh menuduh apa-apa sahaja ke atas sesiapa sahaja dan ia akan diterima kerana dianggap sebahagian kebebasan bersuara. Namun, Yahudi langsung tidak boleh dikritik tanpa pengkritik itu dilabel sebagai anti-Semitik.

"Dan banyak negara Eropah menyokong pandangan ini sehingga memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

"Jelas sekali orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai orang yang istimewa hingga berhak mengatasi kutukan atau kritikan," katanya.

Mahathir seterusnya menyenaraikan tindakan kekejaman Israel ke atas Palestin, termasuk pengeboman sekolah dan hospital.

"Nampaknya, mesej yang cuba disampaikan kepada dunia adalah Israel dan warga Israel adalah suci dan sesiapa yang bertindak ke atas mereka akan menerima pada, seratus kali lebih teruk daripada apa yang dialami orang Israel.

"Kesemua perkara yang dilakukan Israel ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, moral,  dan hak asasi. Mereka adalah penjenayah dalam kesemua undang-undang dunia bertamadun.

"Tetapi Yahudi Israel melakukan perkara ini tanpa hukuman. Mereka ada seluruh Amerika Syarikat dan Eropah berdiri di belakang mereka. Mereka adalah orang yang dipilih Tuhan dan mengatasi semua undang-undang, kanun moral, atau nilai kemanusiaan," katanya.

Mahathir berkata Israel "raksasa" ciptaan Eropah dan Amerika Syarikat yang menurutnya tidak lagi peduli dengan kemusnahan yang dilakukannya.

"Mereka terus menyokong Israel walaupun orang Israel melakukan penghapusan kaum, membunuh semua orang Arab. Ini adalah cara mereka untuk mendapat keadilan atas layanan ke atas orang Yahudi sebelum ini," katanya.

Source - Malaysiakini.com
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top