Monday, 21 July 2014

#MH17: Sky News minta maaf, wartawan selongkar beg penumpang








Stesen penyiaran berita Britain, Sky News memohon maaf selepas seorang wartawannya menyelongkar beg penumpang pesawat penerbangan MH17 di lokasi nahas semasa siaran langsung pada Ahad.

Dalam satu siaran berita, wartawan Colin Brazier dilihat membelek-belek barangan peribadi dalam sebuah beg yang terbuka. Dia kemudian memungut sejambak kunci sebelum kemudiannya berkata: "Kita tidak sepatutnya berbuat macam ini".

Visual itu membangkitkan kemarahan banyak orang di jaringan media sosial. Ada yang malah menggesa agar Brazier dipecat.

Sky News kemudian mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf termasuk bagi pihak Brazier.

Beberapa pihak sebelum ini menggesa kumpulan pemisah yang menguasai lokasi nahas supaya menghormati mayat 298 penumpang dan anak kapal.

Gesaan itu dibuat ketika ada laporan bahawa lokasi kejadian itu dicerobohi oleh pihak yang tidak berkenaan yang mencuri barangan milik mangsa serta mengganggu siasatan.
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top