Friday, 25 July 2014

MH17: Pakar Britain Periksa Kotak Hitam



LONDON – Pasukan penyiasat Britain mula memeriksa kotak hitam kedua Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, kata Kementerian Pengangkutan semalam.
Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough, barat daya London ini masih memeriksa perakam data penerbangan yang merakamkan maklumat peralatan di dalam pesawat.
Kelmarin, beberapa pakar AAIB memuat turun data dari kotak hitam pertama yang merupakan perakam suara kokpit.
Kotak hitam pertama itu menyimpan perbualan juruterbang selama beberapa jam.
“Mereka mula memeriksa Perakam Data Penerbangan,” kata seorang jurucakap Jabatan Pengangkutan kepada agensi berita AFP semalam.
“Analisis data akan dilakukan oleh sebuah pasukan antarabangsa yang diketuai oleh pakar-pakar Belanda,” tambahnya.
Kedua-dua kotak hitam itu yang sebenarnya berwarna oren dihantar ke Farnborough oleh Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan antarabangsa berhubung nahas tersebut.
Tragedi MH17 mengorbankan 298 orang dan kru dengan 193 penumpang terdiri daripada rakyat Belanda.
Kumpulan pemberontak pro-Rusia yang menguasai lokasi nahas menyerahkan dua kotak hitam itu kepada beberapa pegawai Malaysia pada Selasa lalu.
Menurut OVV kelmarin, data daripada perakam suara kokpit itu berjaya dimuat turun dan mengandungi data sah penerbangan MH17.
Data yang dimuat turun itu perlu dianalisis dan disiasat dengan lebih terperinci.
Sebelum ini, Barat menyatakan bukti menunjukkan pesawat jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh menggunakan sebuah peluru berpandu oleh kumpulan pemisah pro-Rusia.
Pihak OVV kini menyelaras pasukan penyiasat dari lapan buah negara termasuk Rusia. – AFP
Source -MynewsHub.com
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top