Pesawat jenis MD83 itu membawa 110 penumpang dan enam anak kapal dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan.
KUALA LUMPUR, 24 Julai:
Pesawat Algerie yang dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan dilaporkan terhempas di Niamey, Nigeria, lapor CCTV News.
Pesawat jenis MD83 itu membawa 110 penumpang dan enam anak kapal dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus sahaja berlepas dari Ouagadougou, Burkina Faso.
Pesawat milik syarikat penerbangan swasta Sepanyol, Swiftair itu menggunakan nombor penerbangan AH5017.
Bagaimanapun jumlah kematian mahupun kecederaan dalam kejadian itu masih belum dapat dipastikan.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/24/pesawat-air-algerie-ah5017-terhempas/#ixzz38RHtTPj2
0 comments:
Post a Comment