Friday 7 March 2014

Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia Sumber: Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia | melvister.com

Punca buku Ultraman The Ultra Power diharamkan Malaysia. Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’ kerana ianya mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

ultraman

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada 6 Mac 2014, warta larangan itu berkuat kuasa mulai 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan termasuk memiliki dan mengedar buku berkenaan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Fakta Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia

  • Mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
  • Menjejaskan keselamatan
  • Menggunakan ayat atau perkataan yang mengelirukan
  • Menggunakan perkataan “Allah” dalam Buku Ultraman Edisi Bahasa Melayu
  • Merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.
  • Buku diharamkan berkuat-kuasa mulai 18 Februari 2014

Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan

punca

Contoh Naskah Buku Ultraman The Ultra Power

contoh-buku



Sumber: Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia | melvister.com 
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top