Tuesday 4 March 2014

Anwar: Tiada arahan tutup mulut

  • Anwar: Tiada arahan tutup mulut
  • Radzi Razak | 7:56PM Mac 3 2014
  • Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR tidak akan meminta sebarang pemimpin parti itu menutup mulut berkenaan isu penstrukturan semula air.

    Anwar merujuk kepada tindakan pengarah strategik Rafizi Ramli yang mempersoalkan kandungan draf memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan negeri dan persekutuan berkenaan isu air hari ini.

    Anwar berkata Rafizi telah pun memberitahu beliau untuk mengutarakan isu tersebut dan beliau menganggap hal itu demokratik dan melibatkan kepentingan rakyat.

    "Saya tak mahu lihat ini isu pertentangan kedua pihak. Kenyataan Rafizi itu dalam bentuk soalan. Tidak adil membuat andaian sebelum dapat jawapan.

    “Dan tunggu penjelasan isu ini khususnya dari  menteri besar dan kerajaan negeri," kata Anwar dalam sidang media di bilik gerakan pilihan raya kecil Kajang PKR hari ini.

    Rafizi hari ini mempersoalkan sebuah dokumen yang didakwa sebagai draf MOU yang berat sebelah.

    Rafizi turut mendesak menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta kerajaan negeri memberi penjelasan dan mendedahkan dokumen sebenar MOU itu.

    Sementara itu Khalid berkata beliau akan membuat sesi untuk menerangkan kandungan MOU tersebut dan akan memutihkan dokumen tersebut dalam masa terdekat.

    "Esok saya ada mesyuarat dengan kerajaan  pusat untuk bincang perlepasan dokumen itu. Kita ada prosedur,"  kata beliau.
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top