Wednesday 5 March 2014

LELAKI SANGGUP GADAI NYAWA PELUK KEKASIH SEBELUM MENINGGAL DALAM KEMALANGAN

KEADAAN kereta Wira Aeroback dipandu Nesa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 17.6 Lebuh Raya Damansara-Puchong berhampiran Sunway Mentari kelmarin.

PETALING JAYA - Demi cinta, seorang penghantar surat sanggup menggadai nyawa dengan memeluk kekasihnya bagi melindungi wanita itu daripada mengalami kecederaan dalam kemalangan di Kilometer 17.6 Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Sunway Mentari di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11.40 malam itu, N. Nesa Raja, 21, mati di dalam kereta Proton Wira Aeroback dengan kedua-dua belah tangan masih memeluk erat teman wanitanya yang berusia 20-an. Gadis yang diselamatkan mangsa hanya mengalami calar di tangan.

Seorang jurucakap polis berkata, sebelum kemalangan, pasangan itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Damansara tetapi malangnya kereta dipandu Nesa terbabas dengan berpusing beberapa kali sebelum merempuh pembahagi lebuh raya.

Nesa merupakan anak sulung daripada empat beradik dan bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat swasta di ibu negara. -Kosmo!
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top