Sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Barack Obama adalah acara yang paling mencuri perhatian dalam lawatan tiga hari Presiden Amerika itu ke Malaysia.
Ini kerana ia membuka peluang pada wartawan tempatan dan luar negara bertanya soalan mengenai rundingan dua hala kedua negara,hasil lawatan dan isu semasa.
Seperti yang diduga ada wartawan asing yang jolok isu Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Obama dalam sidang akhbar yang diadakan di Seri Perdana yakni kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.
Wartawan berkenaan antara lain ingin tahu mengapa Obama tidak jumpa Anwar semasa lawatan ini.
Anwar telah mendakwa kononnya Najib telah menekan Obama agar tidak berjumpa dengannya.
Perdana Menteri dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lalu berkata mana mungkin Malaysia sebuah negara kecil boleh menekan Amerika sebuah kuasa besar.
Selain jawapan dari Presiden Amerika pada soalan itu ia telah membuka peluang kepada Perdana Menteri sendiri memberikan prespektif sebenar kes liwat Anwar di depan pemimpin Amerika itu dan juga wartawan luar negara.
Sekalipun tidak menyebutnya sebagai kes liwat tetapi Najib menegaskan kes Anwar bukanlah antara kerajaan dan Ketua Pembangkang itu.
Sebaliknya ia adalah kes antara Anwar dengan seorang individu ( tanpa sebut nama tetapi jelas merujuk kepada Saiful Bukhari Azlan).
Beliau menegaskan individu berkenaan sekecil mana pun dia berhak kepada keadilan.
Perdana Menteri beri jaminan kerajaan tetap berpegang kepada keluhuran undang-undang dan kebebasan mahkamah.
Sebelum itu Obama dalam jawapannya berkata sekalipun tidak jumpa Anwar tetapi beliau sentiasa beri perhatian kepada perkembangan di negara ini.
“Dalam mesyuarat saya di seluruh dunia, saya tidak sempat menemui semua pemimpin, termasuk dari pembangkang namun ia bukan tanda saya tidak mempedulikan mereka,” katanya.
Beliau juga sebelum itu telah menyifatkan Najib sebagai seorang reformer yakni orang yang membawa pembaharuan.
Perdana Menteri dalam jawapan pada soalan di sidang akhbar itu juga memberitahu kerajaan pimpinannya telah mengambil langkah pembaharuan termasuk memansuhkan ISA dan beri lebih kebebasan untuk berhimpun.
Pada sidang akhbar itu juga Obama beri jaminan Amerika akan terus emmbantu usaha pencarian MH370.
"Kerajaan Malaysia sedang berusaha tanpa mengenal erti putus asa untuk mencari pesawat dan menyiasat apa yang berlaku.
“Saya tidak boleh bercakap untuk semua negara di rantau ini tetapi bagi pihak AS dan rakan-rakan lain yang sudah menemui kerajaan Malaysia, kita sentiasa komited untuk memberikan bantuan dan maklumat yang ada,” katanya.
Namun beliau akui usaha pencarian MH370 adalah mencabar dan akan mengambil masa.
Mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA),Presiden Amerika itu telah menafikan bahawa negaranya membuli Malaysia dalam rundingan yang diadakan.
Katanya bantahan dan protes terhadap sesuatu perjanjian perdagangan adalah perkara biasa.Malah beliau sendiri hadapi bantahan di Amerika.
"Adalah penting bagi semua orang tunggu dan lihat apakah perjanjian sebelum mereka terus membuat kesimpulan," katanya.

Apapun Obama yakin TPPA akan bawa banyak kebaikan.
Najib pula berkata Obama faham sensitiviti domestik Malaysia dalam isu TPPA.

Source - Agenda Daily
0 comments:
Post a Comment