Thursday, 24 April 2014

ADAB MENAIKI KAPAL TERBANG



post kali ini tentang adab2 dalam kapal terbang

sebagai pramugara, aku berdepan dengan bermacam-macam orang setiap hari. malah sesiapa pun lah yang kerja kena melayan orang akan berdepan dengan macam2 perangai. sebab apa aku menulis tentang perkara yang korang rasa macam tak nak tahu, tetapi ia penting. menaiki kapal terbang pon ade adabnye ye. sama juga macam kalau orang masuk rumah korang. korang pon mesti tak suka kan kalau orang tu buat ikut sukahati diorang. jangan risau, aku pon manusia biasa. aku buat silap jugak.







disini aku kan bagitahu tentang bnyak perkara yang korang patut tahu.

ok, kita mulakan dari awal ye.

semasa menaiki kapal terbang.

apabila korang naik kapal terbang, crew akan greet anda atau acknowledge anda dengan ucapan selamat pagi, selamat petang, selamat datang, good morning, dan sebagainya. apalah salahnya kalau kita acknowledge semula. membalas sapaan crew ni. 1 sebab kenapa kita akan nampak crew ni macam suka layan omputih je. BUDIBAHASA. omputih memang dilatih dengan budaya sebegini, kita pon sama cuma kita kurang praktikkan. sebenarnya crew melayan setiap penumpang sama sahaja tanpa mengira bangsa, bahasa, budaya atau warganegara. jadi, bila disapa, jawab je lah balik. bukan susah pon. setidak-tidaknya senyumlah untuk acknowledge. senyum kan sedekah.







newspaper issue

apabila kita menaiki kapal terbang, bagi yang duduk di business class, korang akan ada newspaper sendiri.

bagi yang duduk di economy, semasa korang nak naik kapal tu, newspaper anda telah disediakan di pintu masuk. ada macam2 pilihan. ambil sahaja. kalau pilihan yang kita nak tu takde atau orang lain dh amek, tak mengapa. duduk dahulu dan nanti panggil je mana2 crew dan mintaklah paper pe yang kita nak baca. memang paper tidak mencukupi untuk semua penumpang, so sila bertimbang rasa. atau kalau betul2 nak baca paper tu, mintak je la kat penumpang sebelah kita ke... boleh share, tak kena bayar pon.


memanggil crew

sepertimana kita dirumah kita, kita memang tak suka kalau stranger panggil kita dengan panggilan "HALO!". ini sangat kasar bunyinye kan? jangan panggil orang dengan bersiul! ni bukan kedai mamak. kalau nak panggil dengan panggilan EXCUSE ME, sebutlah dengan jelas dan bukannya dengan EXCUSE atau hanya SSSSSSS..... kalau hanya cakap EXCUSE, secara logiknye, kita akan tertanya dalam hati, "orang ni excuse kat siapa? excuse me or excuse you?" jadi sebutlah betul2, apatah lagi jangan sebut SSSSS.... kita bukan ular dalam kapal terbang. bunyi macam ni kan annoying pada penumpang lain....JANGAN CUCUK PUNGGUNG CREW! ni amalan yang sangat bahaya. silap2 korang boleh kena tampar tau. aku tak kisah kalau aku kena cucuk(bukan cucuk belakang eh, aku straight). tapi kalau stewardess yang kena cucuk, kalau dia jerit or tampar, dh kita ni malu.

cara paling mudah ialah menekan butang yang ada kat atas kepala tu. bila crew dh dtg pada kita, cakaplah elok2, jangan menjerit. kuat tapi bukan menjerit. kita pon taknak tanggung malu bila kita kena jerit depan orang ramai kan.

kesimpulannya, jangan buat perkara2 ni :


jangan panggil HALO/HELLO
jangan bersiul
jangan sekadar SSSSS...
jangan sekadar sebut "excuse"
jangan cucuk2
jangan panggil woy!
jangan tarik baju
jangan main petik jari

isu beg

memang sesetengah daripada kita akan membawa beg yang banyak. bukankah menyiksakan bila kita bawa beg yang banyak pastu tercari2 seat lagi. lebih mudah kalau kita check in je beg tu. masuk kapal berlenggang je dengan selesa. hanya bawa barang yang penting2. kalau kita ada trolley bag, pastikan beg tu saiz 24 atau 26 sahaja kerana ini standard saiz yang dibenarkan untuk bawa masuk cabin. yang lain tu kalau boleh biarlah masuk ke kargo. kita pon senang. untuk beg yang bersaiz kecil, TOLONG LETAK BAWAH SEAT DIHADAPAN KITA. kita ni naik kapal terbang ramai2. tak boleh lah nak selfish sangat, kalau beg kita je dah sampai 3 or 4 dengan beg laptop, backpack, trolley bag, beg plastik shopping kat airport. kalau kita dah tahu kita punya beg banyak sangat, trolley bag dan backpack tu boleh la check in.kita pon x penat nak bawak banyak2.








AMARAN!! jangan sesekali suruh crew untuk angkat beg anda!! tugas crew dalam kapal terbang ialah untuk jaga keselamatan anda dan juga makan minum anda. BUKAN ANGKAT BEG ANDA!. kalau anda mampu bawa beg berat2 dari rumah, takkan lamasuk kapal je terus x mampu. GAGAH SIKIT!. crew hanya angkat beg orang tua, pendek atau kanak2, perempuan mengandung atau orang istimewa sahaja. kalau kita rasa diri ita tergolong dalam kategori ni, boleh la suruh crew angkatkan beg kita. kalau tidak, jangan marah kalau crew tak angkat dan hanya biarkan beg kita bergolek2 di laluan.

cuba kita bayangkan kalau satu flight, ada 100 penumpang. kalau sehari crew tu buat 4 flight, ada 400 beg yang crew tu kena angkat. untuk pengetahuan umum, antara penyakit yang selalu crew alami ialah sakit belakang. ada juga yang masuk hospital dan x fly berbulan2 kerana slipped-disk. tak kesian ke kat crew tu? aku sendiri ada sakit tulang tongkeng. aku rasa pedih bila duduk bersandar. kadang2 aku x boleh tidur malam sebab aku rasa sakit bila baring. tolong bertimbang rasa.

untuk handbag atau beg yang berisi kamera yang mahal2 tu, tolong pangku. jangan letak kat tempat barang. kami tak bertanggungjawab kalau ade sebarang kehilangan. kita sayang barang mahal2 kita kan? jagalah elok2. setelah letak beg kat tempat letak barang, biarkan je tempat barang tu terbuka. pandai2 la kami susun beg tu untuk buat ruang lagi. kalau kita nampak tempat barang yang tertutup tu maknanya tempat tu dah penuh la. mudah kan?






isu tandas dan haus

untuk korang yang dah lama menunggu untuk masuk kapal n terasa haus atau nak ke toilet, setelah letak beg, silalah berbuat demikian. ni la waktu terbaik sebab tak mengganggu orang lain n crew. waktu ni crew x busy. pergi je ke dapur n mintak air atau nak g toilet ke, pergi je. xde org pon, biasenyela. lepas tu balik ke seat n duduk diam2.






safety briefing

sebelum berlepas, crew akan buat safety demo atau kapal yang canggih sikit, ade safety video. sila tonton dan dengar dengan teliti. cuba bayangkan kalau kapal terhempas samada di air atau darat kemana kita nak tuju untuk keluar daripada kapal. kita mesti ingat, kebanyakan kapal yang terhempas kat darat akan terbakar. sebab tangki minyak kapal terbang ada dalam wing dia. enjin pulak bawah wing. jadi kalau kita bernasib baik kita dapat lari dari kapal itupun dalam masa yang sangat sekejap. kita kena ingat pulak berapa ratus orang yang ada kat dalam kapal tu. keadaan mesti huru hara punya. jangan lagi terhegeh2 nak cari handbag ke, pe ke... lari!!! kita tak tahu kalau kapal tu akan meletup ke.

untuk kes mendarat atas air. kapal terbang ni bukan macam pelampung. di pon xde sifat keapungan macam sampan. perkara pertama yang kita kena buat kalau kita nak mendarat atas air, sebelum terhempas tu, amek life jaket siap2 kat bawah seat. setiap seat memang ada disediakan. amek n pakai cepat2! pastu pakai seatbelt ketat2 sebab kita taknak tercampak masa terhempas. lepas je terhempas, terus ke pintu untuk keluar. sebelum keluar tu, masa kat pintu, kembangkan siap2 life jacket pastu terjun ke air. jangan buang masa sebab kapal akan karam dalam masa yang sangat singkat. TINGGALKAN SEMUA BARANG!! TERJUN!!

*situasi macam ni sangat jarang berlaku n kalau berlaku pon, tak ramai yang survive. ajal tu allah yang tentukan. sebelumterhempas, baca doa n bertaubat siap2. takut x sempat. mengucap dulu ye. aku yang menulis ni pon cuak jugak.
jadi sebab tu lah sangat pentingnya safety briefing ni. TOLONG BAGI PERHATIAN!
selepas take off

waktu ni la waktu yang sangat best kalau nak g toilet lagi sebab waktu ni crew tgh sibuk kat dapur n lepas tu akan mula bagi makan minum pada penumpang. kita pon tak suka kan kalau kita nak terkencing or terberak then kena halang. mesti rasa nak marah kan? aku paham... crew paling tak suka kalau org sibuk nak gi toilet masa crew tengah serve penumpang. ni akan mengganggu kelancaran service. kesian penumpang yang duduk belakang akan tunggu lama. diorang pon lapar jugak. ok, bayangkan kalau korang nak g toilet masa service, korang kena menyelit untuk ke belakang/depan. pastu balik dari toilet korang nak ke seat korang kena menyelit lagi sekali. kan leceh macam tu. crew dan penumpang pon akan tarik muka pada korang. dah tak pasal2 orang menyampah kan...

semasa service
bila dah nampak sterwadess yang cun melecun tu berdiri depan kita untuk tanya kita nak makan apa, jangan la leka sangat layan movie, benti kejap. dengar pe yang dia nk cakap. kot2 la dia nk bg fon number kat kita ke, dah melepas...haha. melawak je. so, dengar betul2 sebab kita pon tak suka cakap ulang2. tu pun nasib kalau dia ulang, kalau dia x serve langsung, kita yang sakit hati. dh bayar mahal2, orang x serve.

lepas kita buat pilihan n dah dapat makanan kita, ucaplah terima kasih. lepas tu mintak la kita nak minum air apapun. jangan mintak yang bukan2. bergurau tu boleh tapi biar bertempat dan tak menampakkan kita ni bodoh. seeloknya terus makan n makanlah elok2...

selepas makan, tolong jangan campak je segala macam sampah atas tray tu. CARA KITA MAKAN MENAMPAKKAN PERANGAI KITA. so paham2lah sendiri. kemaslah balik tray tu elok2. kalau boleh macam mana stewardess tu bagi kita makan, kita pulangkan balik dengan kemas n cantik macammana kita dapat tadi. sebab apa ini penting? sebab cart(kotak besar beroda) yang kitorg dok sorong to bukan tong sampah. cart tu berlapis2. kalau x susun elok2, banyak tray yang tak boleh masuk. bertimbang rasalah sikit. kita ni naik kapal terbang tau, bukan bas. muka dah hensem, lawa, makan pon kena la lawa jugak.

isu souvenir
dalam setiap flight, takde banyak souvenir. souvenir yang cantik2 tu kena belilah. yang free ni sikit je. jadi siapa mintak dulu, dia dapat dululah.

stepnya mudah je:


tekan bell atas kepala
stewardess dtg
cakap elok2 kat dia, kalau boleh sebut nama kat nametag dia
mintak la souvenir yang kita ni nak
bila dah dapat, ucaplah terima kasih.



good luck! kalau anda amalkan macam ni, insyaallah anda akan dapat layanan yang sangat best!!

budibahasa
mana2 bangsa pun dalam dunia ni ada adab masing2. apatah lagi crew yang sangat mementingkan budibahasa. tanpa budibahasa, kita ni dianggap sebagai golongan yang kurang cerdik. tokoh2 terhebat dunia disanjung kerana budibahasa mereka. anda pun boleh ada persamaan dengan mereka kalau anda pun bertindak macam mereka malah setaraf mereka.

biasakan diri menggunakan perkataan seperti ini:


terima kasih
maaf
tumpang tanya
please
boleh saya minta tolong
tumpang lalu


cubalah ringakan mulut untuk sebut perkataan2 macam ni n insyaallah anda akan disayangi. tak mustahil anda pun akan dilayan sama mesra macam omputih. hehe...


SELAMAT MENCUBA!! LAKUKAN PERUBAHAN HARI INI!!

so macam tu la sedikit sebanyak mengenai adab2 menaiki kapal terbang... kita ni dah bertamadun. kita bukannya negara dunia ke-3. tamadun kita ni diperhatikan oleh orang luar. kita ni penuh dengan sopan santun. kekalkan...


Source - cloudbreakerenterprise.blogspot.com
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top