Tuesday, 4 March 2014

UPDATE: 4 SUSPEK BUNUH POLIS DI GOMBAK DITAHAN


Gombak: Empat suspek warga asing ditahan berhubung kejadian serangan ke atas dua anggota polis di kawasan perumahan Taman Sentosa, Klang awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, empat suspek terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki itu ditahan selepas kejadian yang mengakibatkan seorang anggota polis mati manakala rakannya cedera parah selepas ditetak dan ditikam menggunakan parang dan pisau rambo.

Kejadian pukul 5 pagi itu berlaku selepas dua anggota polis berkenaan menahan tiga wanita warga asing dalam keadaan mencurigakan sebelum tiga lagi rakan suspek secara tiba-tiba menyerang dua anggota polis berkenaan, kata Mohd Shukri.

Anggota polis yang berusia 53 tahun mati sebaik tiba di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang manakala rakannya yang berusia 47 tahun kini dirawat di unit kecemasan selepas mengalami kecederaan di bahagian muka.

KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) melawat Lans Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, yang cedera parah di Hospital Tunku Ampuan Rahimah. -Metro. FOTO Norrasyidah Arshad

read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top