Thursday, 6 March 2014

GEMPAR! SURIRUMAH DITEMUI DALAM KEADAAN MULUT BERBUIH, TALI TERLILIT DILEHER


Alor Gajah: Seorang wanita ditemui mati di bilik air rumahnya dalam keadaan mulut berbuih selain terdapat serpihan tali terlilit di lehernya di Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, dekat sini, petang kelmarin.

Mayat Chock Sook Leng, 47, ditemui suaminya yang pulang ke rumah untuk melakukan pemeriksaan selepas isterinya tidak menjawab panggilan telefon kira-kira jam 6.30 petang sebelum memaklumkan kepada polis.

Harian Metro difahamkan, setibanya di rumah, suami mangsa berusia lewat 40-an memanggil nama isterinya namun tidak berjawab sebelum menemui mayat wanita itu di bilik air.

Sumber berkata, melihat keadaan isterinya yang lemah dan tidak sedarkan diri, suami mangsa berlari keluar sambil menjerit meminta pertolongan daripada jiran berdekatan.

“Mangsa dipercayai mengalami kemurungan sejak beberapa hari lalu bertindak meminum sejenis racun sebelum wanita itu mengambil tali dan menggantung dirinya. Bagaimanapun, tali berkenaan putus menyebabkannya jatuh telentang di lantai bilik air.

“Mangsa mempunyai dua anak yang masih menuntut di universiti tempatan berusia awal 20-an. Difahamkan dia seorang yang baik hati dan mesra dengan jiran tetangga,” katanya di sini, kelmarin.-myMetro
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top