Monday 28 April 2014

Perompak Mati Gara Gara Tendang Pintu Kaca


Petaling Jaya: Tindakan seorang perompak menendang pintu kaca sebuah syarikat guaman di SS2, Taman Sea, di sini, mengundang padah apabila dia bukan saja kehilangan banyak darah, malah mati tidak sampai sejam kemudian.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, suspek berusia 40-an dan berasal dari Muar, Johor itu dipercayai cuba memecah masuk pejabat itu bersendirian. 
umber polis berkata, suspek yang membawa pelbagai peralatan memecah masuk premis dikatakan menendang pintu kaca premis menggunakan kaki kanannya menyebabkan kakinya tertusuk kaca. 

“Suspek yang mengalami pendarahan serius kemudiannya berjalan sejauh kira-kira 80 meter dari premis itu dipercayai bagi mendapatkan bantuan sebelum tidak sedarkan diri.

“Lelaki terbabit ditemui orang awam sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital, namun disahkan maut ketika dalam perjalanan,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marcus ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
Source - MyMetro
read more...
Share this article

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 The Manasseh Post • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top